Monday 8 August 2011

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
KAMPUS ARAU, PERLIS

TAJUK:
PERANAN DAN SUMBANGAN MASJID JAMEK KAMPUNG RAJA UDA KEPADA PENDUDUK KAMPUNG RAJA UDA.
DISEDIAKAN OLEH:
NAMA: NABILA BINTI ISMAIL.     
NO. MATRIK: 2011885572.
KUMPULAN: BMD1Ch.
DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN. (PENSYARAH CTU101)
PROGRAM:
DIPLOMA ANALISIS PELABURAN. (BM114)
TARIKH HANTAR:
8 OGOS 2011.


TAJUK
PERANAN DAN SUMBANGAN MASJID JAMEK KAMPUNG RAJA UDA KEPADA PENDUDUK KAMPUNG RAJA UDA


ISI KANDUNGAN


PERKARA
MUKA SURAT
Abstrak
1
Pendahuluan
2
Konsep Masjid
3
Carta Organisasi
4 & 5
Aktiviti Dan Program
6
Masalah Dan Penyelesaian
7
Cadangan
8
Penutup
1. Kesimpulan
2. Penghargaan

9
10
Rujukan
11
Lampiran
12 – 17





ABSTRAK


Perkataan “masjid” berasal daripada perkataan arab iaitu ‘sa-ja-da’. Perkataan ‘sa-ja-da’ tersebut membawa maksud tempat sujud atau perbuatan yang mewajibkan umat Islam meletakkan dahi mereka ke posisi yang paling rendah iaitu separas dengan tapak kaki tempat mereka berdiri semasa menunaikan solat. Manakala perkataan sujud di sini pula boleh ditakrifkan sebagai menyembah Allah S .W.T.. Tambahan pula, sujud juga merupakan satu rukun daripada rukun – rukun solat. Justeru, masjid boleh didefinisikan sebagai tempat yang digunakan untuk menyembah Allah S.W.T. atau lebih dikenali sebagai rumah Allah (Baitullah). “Baitullah al-Haram”iaitu Kaabah di Makkah al-Mukarramah merupakan rumah Allah yang paling utama. Selain daripada Baitullah al-Haram di Makkah al-Mukarramah, Masjid Nabawi di Madinah dan Masjidil Aqsa di Al-Quds (Jerusalem), Palestin juga merupakan antara masjid - masjid utama yang dimuliakan oleh umat Islam. Untuk pengetahuan, gelaran “Baitullah al-Haram” diberi kerana diharamkan berperang di dalam masjid. Di samping itu, Baitullah al-Haram juga menjadi kiblat umat Islam iaitu arah menghadapkan muka dan dada ketika mengerjakan solat. Walau bagaimanapun, pembahagian tempat beribadah di Malaysia berbeza kerana mempunyai beberapa pecahan iaitu Masjid Negara, Masjid Negeri, Masjid Daerah, Masjid Qaryah dan surau. Selain itu, melalui definisi secara umum, masjid turut didefinisikan sebagai tempat ibadah umat islam. Masjid juga boleh dijadikan sebagai pusat aktiviti umat Islam setempat. Masjid turut mempunyai bentuk rupa yang tetap, namun begitu, masjid tidak bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat. Kebiasaannya, masjid dapat memuatkan ramai jemaah dalam suatu tempoh masa serta turut diadakan solat Jumaat. Sehubungan itu, masjid merupakan tempat beribadah yang lebih spesifik daripada surau. Seterusnya pula ialah masjid jamek. Masjid jamek merujuk kepada masjid utama di sesebuah kawasan. Masjid jamek adalah besar. Justeru itu, sekurang – kurangnya sebuah masjid jamek diperlukan untuk sesebuah kawasan tersebut. Sebagai contoh, Masjid Jamek Kampung Raja Uda merupakan masjid utama untuk penduduk di Kampung Raja Uda dan kawasan sekitar dengannya.                                                                                                                                                                                                                       1


PENDAHULUAN


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. Segala puji – pujian saya panjatkan kepada Allah S.W.T. Tuhan sekalian alam yang telah mencipta segala yang ada di langit dan di bumi. Pencipta segala manusia dan Yang Maha Bijaksana dalam segala urusanNya serta Maha Mengetahui segala yang tersirat dan tersurat sama ada yang telah berlaku, belum berlaku dan yang bakal berlaku. Tidak dilupakan juga selawat dan salam kepada junjungan besar, Nabi Muhammad S.A.W. Alhamdulillah. Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan inayah dan kurniaNya serta dengan izinNya, saya telah dapat melaksanakan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah saya dengan baik dan jayanya. Tujuan sebenar esei ini ditulis adalah untuk berkongsi dan merungkai serba sedikit tentang peranan dan sumbangan Masjid Jamek Kampung Raja Uda kepada penduduk Kampung Raja Uda dan juga sebagai renungan kita semua. Untuk pengetahuan, Masjid Jamek Kampung Raja Uda berperanan sebagai institusi kepada penduduk Kampung Raja Uda untuk melakukan ibadah dalam usaha mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Di samping itu, penduduk setempat juga dapat mendedahkan diri mereka dengan ilmu – ilmu agama di mana mereka dapat mengaplikasikan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian mereka serta dapat memantapkan lagi ketakwaan dan keimanan kepada Allah S.W.T.. Untuk tugasan ini, terdapat beberapa perkara yang perlu dikemukakan. Antaranya ialah peranan masjid, sumbangan kepada penduduk, masalah dan penyelesaian, cadangan dan sebagainya. Justeru itu, saya berharap agar segala maklumat yang saya sediakan untuk tugasan ini dapat memberikan manfaat kepada semua.
2


KONSEP MASJID


Pengertian masjid terbahagi kepada dua iaitu dari segi bahasa dan dari segi istilah syarak. Dari segi bahasa, pengertian masjid ialah tempat sujud. Manakala, dari segi istilah syarak, pengertian masjid ialah tempat yang disiapkan untuk digunakan semasa menunaikan solat lima waktu secara berjemaah oleh kaum muslimin. Oleh itu, terdapat beberapa dalil dan hadis yang merujuk berkaitan dengan masjid. Antaranya ialah seperti di bawah:


"Sesiapa yang membina sesebuah masjid kerana menuntut keredhaan Allah S.W.T., Allah akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga". (Riwayat Bukhari)


"Tempat yang paling disukai oleh Allah di sesebuah negeri itu ialah masjid-masjidnya dan tempat yang paling dibenci oleh Allah di sesebuah negeri itu ialah pasar-pasarnya". (Riwayat Muslim)


"Apabila kamu melihat seseorang lelaki yang berulang-alik ke masjid maka saksikanlah baginya dengan keimanan". (Hadis Riwayat Tirmizi) 


PENERANGAN


CARTA ORGANISASI MASJID JAMEK KAMPUNG RAJA UDA

Berikut merupakan senarai nama – nama Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Masjid Jamek Kampung Raja Uda Bagi Sesi 2009 – 2012.


PENASIHAT: EN. AZAHARUDDIN BIN ABD. RAHMAN.
                          (PENGHULU MUKIM KLANG)

PENOLONG PENASIHAT: EN. MD. KHALID BIN HAJI MOHAMMAD.


PEGAWAI:-

NAZIR: HAJI ABDUL RASHED BIN ABDUL LATIFF.
TIMBALAN NAZIR: HAJI YUSOF BIN ISMAIL.
SETIAUSAHA: HAJI ABD LATIFF BIN AHMAD.
PENOLONG SETIAUSAHA: EN. HELMI BIN ABDULLAH.
BENDAHARI: HAJI ZAINAL ABIDIN BIN ALANG AHMAD.
PENOLONG BENDAHARI: HAJI RAFIK BIN ZAKARIA.
PEMERIKSA KIRA – KIRA 1: EN. AZMI BIN MOHD. NOOR.
PEMERIKSA KIRA – KIRA 2: EN. MOHD. FAUZI BIN ABU HASSAN.
IMAM 1: HAJI JAAFAR BIN HAJI MD. SIRAJ.   PMC.
IMAM 2: HAJI KHAIRUDDIN BIN HAJI YAHYA.
IMAM 3: HAJI RAOF BIN HAJI SOLEHUDDIN.
IMAM 4: HAJI AHMAD BIN JIBAH.
BILAL 1: HAJI ABDUL RAHMAN BIN ISMAIL.
BILAL 2: EN. YUSOP BIN HAJI ADOL.
BILAL 3: EN. HASSAN BIN ABDUL HAMID.
SIAK 1: HAJI SHAHADAN BIN HAJI TAIB.
SIAK 2: EN. YAZLI BIN MUHAMMAD.
4
AHLI JAWATANKUASA:
 1. EN. JAAFAR BIN OMAR.
 2. EN. EKMAL HISHAM BIN ABDULLAH.
 3. EN. AHMAD NAZRI BIN MOHD. NAWI.
 4. HAJI BUSTAMAM BIN ALIAS @ ELIAS.
 5. HAJAH ROKIAH BINTI MAFFARI.
 6. HAJAH HABSAH BINTI RHAN.

PENOLONG PENDAFTAR NIKAH: IMAM HAJI JAAFAR BIN HAJI MD. SIRAJ.

WAKIL PEMUDA: EN. MOHAMAD HAFIZI BIN ABD. RASHID.
WAKIL WANITA: PUAN HAMIDAH BINTI AHMAD.

PEKERJA AM:-
PEMANDU KERETA JENAZAH: HAJI OTHMAN BIN ISMAIL.
BILAL MANDI MAYAT:-
 LELAKI: HAJI AHMAD BIN JIBAH.
 PEREMPUAN: HAJAH ZAHARAH BINTI JANTAN.
5


AKTIVITI DAN PROGRAM


(a) Ceramah Agama - Diadakan pada setiap hari isnin selepas solat Isyak dan pada hari – hari yang mempunyai sambutan tertentu seperti sepanjang bulan Ramadhan, Maulidur Rasul, Isra’ Mikraj dan sebagainya.
(b) Kuliah Dhuha - Diadakan pada setiap hari Ahad pada jam 8 pagi.
(c) Kelas Agama - Diadakan pada setiap pagi hari selasa (kelas Bahasa Arab), setiap pagi hari Khamis (kelas tajwid untuk para muslimat) dan setiap malam hari Jumaat (kelas tajwid untuk para muslimat).
(d) Kelas Tambahan Matematik, Sains dan Fizik - Diadakan pada setiap petang hari Rabu (terbuka untuk semua pelajar sekolah menengah).
(e) Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil - Diadakan pada setiap malam hari Jumaat.
(f) Bacaan doa Awal Tahun dan Akhir Tahun sempena Awal Muharram - Diadakan pada setiap tahun.
(g) Aktiviti Bulan Ramadhan - Diadakan pada setiap tahun.
   = Solat Terawih secara berjemaah.
   = Qiamulail.
   = Moreh.
   = Majlis Berbuka Puasa.
   = Pengagihan Bubur Lambuk secara percuma.
   = Tadarus Al-Quran.
   = Majlis Khatam Al-Quran.
(h) Bacaan surah Yassin sempena malam Nisfu Syaa’ban - Diadakan pada setiap tahun.
(i) Gotong – royong membersihkan kawasan surau - Diadakan pada setiap sebulan sekali.
(j) Kutipan dana daripada orang ramai (untuk bantuan anak yatim, ibu tunggal, muallaf dan sesiapa yang memerlukan bantuan) - Diadakan pada setiap hari Jumaat semasa Solat Jumaat. (k) Majlis Qurban sempena Hari Raya Aidil Adha - Diadakan pada setiap tahun.
(l) Pelantikan Ahli Jawatankuasa - Diadakan pada setiap tiga tahun.
                                                                                                                                                               6


MASALAH


           (a) Keluasan masjid
   = Masjid Jamek Kampung Raja Uda mempunyai keluasaan masjid yang kurang luas. Justeru, hal ini menyebabkan jemaah tidak dapat menunaikan solat dengan keadaan yang selesa.
(b) Kekurangan jemaah
   = Jemaah selalunya kurang pada hari – hari bekerja disebabkan oleh faktor sibuk bekerja. Tambahan pula, kebanyakan penduduk Kampung Raja Uda bekerja di luar daerah Klang. Justeru, pada hari – hari bekerja, kebiasaannya jemaah yang ada hanyalah dari kalangan warga tua yang tinggal di sekitar kawasan Kampung Raja Uda.
(c) Kekurangan bahan bacaan dan buku rujukan mengenai ilmu pengetahuan Islam
   = Bahan bacaan dan buku rujukan yang disediakan sangat sedikit dan kurang berilmiah.


PENYELESAIAN


      (a) Keluasan masjid
   = Masjid Jamek Kampung Raja Uda bakal mempunyai masjid baru yang lebih besar. Masjid baru tersebut masih lagi dalam pembinaan yang mana hampir 80% telah siap dibina. Masjid baru tersebut dijadualkan bakal digunakan pada Hari Raya Aidil Adha tahun ini nanti. Dalam kawasan masjid baru tersebut juga turut disediakan kediaman untuk para Imam Masjid Jamek Kampung Raja Uda dan dewan orang ramai di mana dewan tersebut boleh disewa oleh penduduk kampung yang mahu menjalankan majlis perkahwinan serta untuk kegunaan aktiviti – aktiviti lain.
(b) Kekurangan jemaah
   = Pihak masjid perlu mengadakan dan memperbanyakan kempen untuk menarik minat penduduk kampung semakin rajin datang ke masjid dan mengikuti aktiviti – aktiviti yang disediakan. Selain itu, pihak masjid juga perlu mengadakan pelbagai aktiviti – aktiviti yang bukan sahaja dari golongan dewasa malahan dari golongan kanak – kanak dan remaja khususnya.
(c) Kekurangan bahan bacaan dan buku rujukan mengenai ilmu pengetahuan Islam
   = Pihak masjid boleh mendapatkan bahan bacaan dan buku rujukan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan Islam dengan memohon penduduk mendermakan buku yang masih elok dibaca dan berilmiah agar ilmu pengetahuan bertambah.                                                                                                                                                                                                                                                                              7


CADANGAN


Berdasarkan daripada pemerhatian yang telah saya jalankan sepanjang menyiapkan tugasan ini, saya dapati terdapat beberapa cadangan yang boleh digunakan untuk menambahbaikkan masjid ini ke tahap yang lebih efisyen dan produktif. Antara cadangan tersebut adalah seperti berikut:-


(a) Memperbanyakan lebih banyak aktiviti - aktiviti yang menyeronokkan dan menarik serta menerapkan juga unsur - unsur agama seperti menjalankan kem ibadah untuk semua peringkat umur, kelas memandikan jenazah untuk golongan remaja dan dewasa, kem motivasi diri untuk remaja, mengadakan lawatan sambil belajar ke tempat Islamik yang bersejarah dan banyak lagi.
(b) Menggunakan alat pendingin hawa agar para jemaah lebih selesa untuk menunaikan solat dan menjalankan aktiviti - aktiviti di masjid.
(c) Menyediakan fasiliti - fasiliti sukan di masjid agar dapat menjalankan aktiviti sukan di masjid.
(d) Menyediakan sebuah perpustakaan kecil di dalam masjid untuk kegunaan orang ramai bagi mendapatkan info mengenai ilmu pengetahuan Islam.
(e) Menyediakan tempat beriadah di sekitar kawasan masjid supaya penduduk kampung dapat menghabiskan masa bersama keluarga masing - masing serta dapat menjadikan masjid kawasan yang dapat mengukuhkan lagi ikatan kekeluargaan serta dapat meramaikan jemaah di masjid.
(f) Menyediakan juga kediaman untuk para pegawai - pegawai masjid.
8


PENUTUP


KESIMPULAN


Secara kesimpulannya, para pegawai dan ahli jawatankuasa Masjid Jamek Kampung Raja Uda perlu memainkan peranan mereka iaitu kerjasama antara ahli qariah walaupun mereka menerima kritikan yang tidak membina dalam menarik minat lebih ramai penduduk - penduduk kampung untuk datang dan mengimarahkan lagi masjid ini. Saya juga berharap dengan kehadiran masjid baru yang tidak lama lagi bakal siap dapat juga menjadi salah satu faktor untuk menarik lebih ramai jemaah datang ke masjid. Di samping itu, segala cadangan yang telah saya kemukakan tadi dapat membantu pihak masjid sedikit sebanyak dalam menarik perhatian penduduk kampung bagi meluangkan masa mereka untuk hadir ke masjid ini dan menyertai semua aktiviti yang dijalankan. Tambahan pula, kebanyakan program yang dijalankan oleh pihak masjid juga bermanfaat dan berfaedah bagi mengeratkan lagi silaturrahim antara para pegawai, ahli jawatankuasa dan penduduk Kampung Raja Uda.
9


PENGHARGAAN


Alhamdulillah. Syukur kerana dengan izin dariNya, saya telah dapat menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh pensyarah saya iaitu Ustaz Abd Aziz Bin Harjin dengan lancar dan jayanya. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ayah saya iaitu Encik Ismail Bin Ahmad kerana telah sanggup menemani saya untuk pergi menemuramah bagi mendapatkan maklumat serta berkongsi pendapat dan pandangan dalam menyiapkan tugasan ini. Seterusnya, saya juga ingin mengucapkan berbanyak - banyak terima kasih kepada Tuan Nazir iaitu Tuan Haji Abdul Rashed Bin Abd. Latiff kerana sudi ditemuramah oleh saya dan sesi temuramah tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Alhamdulillah. Tidak dilupakan pensyarah saya iaitu Ustaz Abd Aziz Bin Harjin yang telah memberikan tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini secara langsung ataupun tidak langsung. Sekian.
                                                                                                                                                             10
       

RUJUKAN


(a) wikipedia (ensiklopedia bebas)
(b) google.
(d) sumber dari fail al_islam.chm
                                                                                                                                                              11


LAMPIRAN
                

         



No comments:

Post a Comment